Pages

Bismillah....

February 28, 2009

kata DR. HM Tuah Iskandar al-Haj...

Tak mampu buat semua jangan tinggal semua – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Itulah Hearty

Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci.

Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?

Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya.
Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan.

Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari.

Itulah hati.

cela - boneka lyric

Verse:Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

*Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api


Chorus:
Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa ….
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela
Mengapa…
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

(Repeat *)
(Repeat chorus)


Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

February 24, 2009

Da' Beginning


Ape yang dapat kite kate..


Hidup terlalu banyak cabaran.Masalah datang dan pergi silih ganti tanpa berhenti.Tapi tanpa kite sedar,maslah yg mengajar kite tentang setiap ceirta hidup,menjadikan kite dewasa. tanpa masalah hidup juga tiada warna. Namun berhati-hati dalam selesaikan setiap masalah adalah perlu untuk mengelakkan diri kite dari membiarkan warna itu berakhir dengan warna ceria atau warna suram.


Mulakan tiap-tiap hari kita dengan lafaz bismillah dan akhiri setiap hari itu dengan istighfar dan alhamdulillah.