Pages

Bismillah....

April 26, 2011

Talking to The Moon


At night,
when the stars light up my room
I sit by myself...
Talking to the Moon,
Trying to get to You.
In hopes you're on the other side
Talking to me too..Or am I a fool
Who sits alone & Talking to the moon

Air Mate Itu

Siapa kata air mata yang gugur dari tangisan itu tiada nilai?
Ia hanya luahan perasaan?

Buta sungguh hati itu lebih dari si buta mata.
Air mata dari satu alunan tangisan itu punya nilai walaupun secara luaran yang halus ia hanya diertikan sebagai luahan perasaan. Namun, alunan tangisan itu punya rentak yang berbeza. Ada yang berlunak gembira lantas si air mata turun meraikan kebahagiaan. Namun, yang menjadi lumrah, sang butiran air mate itu mengalir lesu di pipi adalah kerana luahan si hati yang sayu, sedih & berduka kerana hati terluka juga sakit kerana berlaku seksa sakit atas kehancuran perasaan.

Air mata ini pernah mengalir lesu suatu ketika. Acap kali ia mengalir waktu itu. Hancur perasaan didalam hati yang tak mampu diceritakan hanya mampu diluahkan dengan tangisan. Air mata itu menemani hari-hari ku tidak kira waktu. Demi mendapat senggenggam kekuatan, terpaksa diluahkan seksa si hati agar tidak terus membeku dalam hati kerana takut ia bakal menjadi racun yang mampu membuat hidup ini rawan.

Tahu kenapa hati ini pernah sakit hingga air mata jadi peneman setia?
Kerana seorang insan. Insan yang hati ini sangat cintai. Insan itulah yang mampu membuat hati ini menangis namun insan itu juga yang mampu menghapus air mate itu. Dia mampu membuat hati ini bahagia. Tapi yang pasti..hati ini tak mampu untuk melihat insan itu berduka. Hati ini tidak sanggup mendengar sayu esak tangis darinya. Hati ini juga tidak bisa menerima air mate yang jatuh dari dia.Hati ini hanya ingin melihat kegembiraannya serta gelak tawa nya yang menghiasi hubungan itu.

Sepanjang hidup ini..., selama aku mengharungi perjalanan hidup..., liku-liku perjalanan itu, terutama dalam mempelajari tentang perasaan manusia serta lumrah dan fitrah perasaan di hati manusia yang telah Allah S.W.T tetapkan pada setiap dari kita..., aku dapat mengungkap satu pandangan tentang ego lelaki dan wanita.

Satu soalan pernah ditanya pada diriku, "macam mana nak lembutkan hati seorang wanita?".

Lalu aku menjawab, "rendahkan ego itu. Tak perlu banyak,  cukup sedikit yang mana mampu membuat dia merasainya." 

Dari situ aku terfikir akan sesuatu dari segala sudut yang pernah aku lihat juga segala situasi yang pernah aku alami.  

Soalan yang terjawab tadi bersambung dengan soalan seterusnya, " macam mana tu nak rendahkan ego? ape maksudnya?".

Aku berkata dari apa yang baru terlintas dari fikiran ini, "sekeras ego wanita, keras lagi ego lelaki. Namun rendah kan sedikit hanya untuk wanita itu merasai bahawa rasa hatinya itu bukan dari sebelah dirinya malah turut dirasai dari dua pihak yang bersahut. Walauapapun, rendahkan ego itu pada yang berhak iaitu pada wanita yang mampu merasai dan menghargai nya. Kadangkala kita perlu pandang ego itu sebagai harga diri seseorang."

"Kenapa?" 

Soalan terus ditanya. Dengan tenang aku jawab, "biar direndahkan ego pada wanita yang tahu menghargainya. Bila dia tahu hargai, sekurang-kurang nya ego yang direndahkan itu masih berbaloi, bernilai dan kita berkemungkinan besar tidak akan merasai kesakitan malah kita akan merasai kemanisan. Pada wanita pula, ego lelaki yang paling keras adalah air mata dan kata maaf yang ikhlas terucap dari bibir. Jika ia terlihat dari tebing kelopak mate, mengalir lesu butiran air mata serta alunan esakan kata maaf yang tulus, hargailah ia. Hanya kita yang mengerti samada ia datang dari jiwa yang ikhlas atau tidak kerna dia adalah lelaki yang kita sayang. Hanya kita yang mengenali hatinya. Mengapa perlu bila dia sudah merendahkan tembok ego yang kita sedia tahu begitu kukuh dan jikalau diberi beribu tahun peluang hidup dengannya masih boleh dibilang berapa kali ego itu direndahkan untuk kita.... Mengapa bila ia direndahkan tidak kita hargai nya? Mengapa perlu pula untuk kita menunjukkan ego kita? menongkat tinggi ego kita? Sedangkan kelak, hati kita yang lembut ini juga akan terseksa akan perbuatan itu. Ego itu memakan diri kita semula.Bukan mudah untuk lelaki itu merendahkan egonya tapi jika ia rendahkan kerana ikhlas dan rasa kasihnya pada kita, hargailah."


Tahu kenapa aku fikir demikian? 
Kerana aku mengerti kira ada yang sering mentertawakan si lelaki ketika dia menangis memohon ampun, menyesali perbuatannya yang lepas. Namun diriku tidak pernah sekali merasakan tangisan seorang lelaki itu lucu atau perlu digelar lemah, pengecut, lembik dan macam-macam lagi. Tidak perlu untuk memperlekehkan air mata mereka. Air mata itu masih bernilai seperti mana bernilai air mata wanita.

Bagiku, tangisan mereka adalah suatu yang sukar untuk dilihat. Jarang dapat dilihat terutama yang mengalir lesu ikhlas dari rasa hati mereka. Sekiranya insan itu mengalirkan air mata kerana diriku, hati ini cukup terasa sayu dan tersentuh malah terharu seluruh hati ini dirasakan. Betapa keras egonya selama ini ku kenali tapi si air mata mengalir tatkala menginsafi kesalahannya yang lepas.

Sayang, air mata itu ku harap hanya akan mengalir untuk diri ini sahaja selain keluarga mu. Maafkan diri ini atas tiap titisan air mate itu. Sesungguhnya ku amat menghargai tiap linangan dan alunan esakan mu. Kata maaf mu itu ku terima dan air mata mu itu ku hargainya.

April 13, 2011