Pages

Bismillah....

May 5, 2011

Aishiteru!!


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan aishiteru

Apabila si Lelaki Jatuh Cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Hati lelaki yg dianggap keras selama ini tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.
Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya…
Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai…
Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah…

Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
Hawa diciptakan dari rusuk adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan Pemimpinnya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya
Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya
dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

Biarkan Aku Jatuh Cinta

Bukan mudah untuk diertikan rasa cinta.. Tidak mudah untuk dibuktikan rasa sayang.. Rumit pula untuk tunjukkan keikhlasan rasa kasih..

Cinta yang hadir dalam setiap hidup individu itu punya kisah sendiri. Begitu juga aku. Sudah terlalu ramai kenalan lelaki yang aku temui.. Namun ada seorang insan yang mampu membuat diriku berani membuat sesuatu yang jauh dari waras akal ku untuk diriku lakukan.. Hanya kerana rasa sayang itu wujud.. Hanya kerana degupan cinta itu lahir dalam hati ini.. yang mustahil bukan lagi masalah untuk diriku lakukan.

Siapa sangka, ucapan keramat cinta itu aku lafazkan untuk pertama kali dalam hidupku pada seorang lelaki ajnabi yang baru aku kenali, belum cukup sebulan. Aku sendiri tidak menyedari Dari mana datang keberanian diri ini untuk ku lafazkan rasa cinta itu.. tidak langsung aku fikirkan balasan dari keberanian diriku untuk melafazkan rasa cinta itu.. itulah pertama kali, hati ini yakin 100%, Aku Jatuh Cinta.

Hubungan itu ku jaga rapi. Insan itu menjadi keutamaan dalam hari-hari ku. Setiap masa, dimana jua aku pergi dan tidak kira dengan siapa aku bersama, insan itu tak pernah aku lupa malah tiap detik aku terus memikirkan dirinya. Sehat kah dia? Apa sedang dilakukannya? Sudahkah dia makan?... segala jenis persoalan sering muncul tatkala diriku jauh darinya. Jika mampu, aku mahu tiap detik yang berlalu dia ada di hadapan penglihatan ku.

Banyak dugaan yang telah ku tempuhi untuk berada disisinya. Tidak terhitung ujian yang menimpa diri ini dalam melayari hubungan ini.. dalam aku mempertahankan rasa cinta ini... Cukup kuat cabaran itu. Hingga rasa sakit akibat kecewa dalam percintaan yang sering merek sebutkan "frust tonggeng" pun sudah aku rasai sendiri. Namun itu semua tidak pernah buat diri ini mengalah. Malah aku rasakan ujian dan dugaan itu yang menambahkan rasa cinta aku pada insan itu bertamabah kukuh. Cuma aku tahu jika suatu hari hati ini akan lumpuh untuk berdiri lagi... Namun, bukan mudah untuk hati ini lumpuh.

Pernah hati ini hampir lumpuh kerna kekuatan yang dimilikinya hampir hilang... Tapi untuk seketika, aku berbicara sendiri dengan hati ku, adakah aku sedia untuk membuang rasa cinta yang telah kusemai dengan segala pengorbanan... hati aku merintih mencari jawapan. Tiada jawapan yang aku temui tapi suatu kata yang muncul dari hati adalah... Aku Tidak Sanggup Kehilangan Dirinya Dari Hidupku. Kalau sakit yang perlu aku hadapi terus untuk mendapatkan cinta insan itu, telah pun aku lakukan. Namun kalau hatiku sudah tidak kuat untuk terus diduga, aku rela undur, tapi xmungkin sesekali aku buang rasa cinta ini.

Rasa cinta ini... Ia tidak pernah hadir dalam hidupku sebegini, mana mungkin aku mudah untuk menghapusnya begitu sahaja.

Buat dirinya, ketahuilah, Hati ini terlalu mencintainya, amat menyayanginya. Biar berjuta lelaki hadir atau muncul dalam hidupku.. Dia insan yang berbeza yang aku kenali dalam hidupku. Diri dia tidak dapat aku samakan dengan insan lain. pernah ucua bandingkan dia dengan lelaki lain yang ku kenali. Biar pun buruknya tetap aku lihat, namun buruknya itu juga yang buat aku menepis lelaki lain... kerna diri ini mampu menerima buruknya tapi mustahil untuk terima buruk lelaki lain.


Insan yang mampu untuk membuat aku melakukan sesuatu diluar jangkaan diriku sendiri. Mohd. Hafiz Jamari..satu nama yang utuh terukir dalam hati...terlalu dalam...

Ya Allah Ya Rabbi, permudahkan jodoh kami.. Panjangkan jodoh kami.. Aku sandarkan cintaku pada hambamu Mohd Hafiz Jamari diatas landasan cintamu... Amiin...