Pages

Bismillah....

January 21, 2010

Janji Sekadar Mimpi

Bila janji diungkap...
pasti mengharap janji ditunaikan..
cepat, lewat,....terpulang pada keadaan...

Ucapan janji bagai satu ikatan yang termeterai antara dua individu.
mungkin juga dalam bentuk kelompok, berkumpulan...

Sikap manusia, lumrahnya mudah ungkapkan kata dan lafaz janji.
adakah yang mengucap janji ini sedar makna dan definisi sebenar "janji"...

Apa pula hendak dikata pd si penerima janji?
salahkah untuk mempercayai janji ini kiranya disebalik ucapan janji itu adlah lakonan semata..
dan ucapan palsu sahaja??

Diri ini terdetik sejenak untuk berbicara tentang janji yang sekadar mimpi.

Sebagaimana indah mimpi malam yang sering mebuai manusia lena di waktu malam..
adakah ucapan janji yang sering diucap kini juga seperti mimpi..
ia hanya ucapan..luahan..kata-kata..yang belum pasti realitinya hadir dalam hidup manusia??

Banyak sudah hati yang kecewa, hancur, dan terluka...lalu diri rebah keranan pendustaan janji yang pernah terungkap.
mungkin diri yang berbicara ini juga merupakan salah satu hati yang telah merasainya.

Kadang kala diri ini tertanya, mengapa perlu diucap janji andai diri itu xyakin dan xpasti akan keupayaan untuk menunaikan segala janji itu...
tidakkah terfikir pada hati yang terluka kerna keingkaran janji-janji itu..

zahir manusia, seorang hamba yang mudah lupa, leka, lalai...
tak terlepas dari sebarang silap, salah, dan dosa.
tapi jika lumrah hidup ini disedari oleh sume, nape perlu ucapkan janji manis umpama mimpi itu??

Kata maaf mungkin mudah diucap untuk menutupi salah..
tapi kata maaf bukan cara yang mudah untuk ubati hati yang terluka..

Diri ini juga pernah lakukan kesalahan..
lantas diri ini sedar akan perihal tersebut..
lalu diri ini pergi jauh dari terus melakukan sesuatu yang disedari mampu menjebak kepada salah yang sama...
kerna diri ini xsanggup menjadi manusia yang mudah ucap maaf..tapi xpernah belajar dari salah..
diri ini juga xmahu jadi individu yang suke taburi janji yang hanya sekadar mimpi.

January 19, 2010

PENGALAMAN

Pengalaman adalah bahan pembelajaran utama dlm hidup seseorg manusia.

Banyak pengalaman akan menjadikan diri seorg individu itu lebih matang. Namun ape guna jika pengalamn yang banyak namun diri tidak pernah muhasabah dengan ape yang terjadi. Bangga dengan diri yang banyak pengalamn tapi masih bertindak tidak matang....tak menunjukkan sebarang nilai pada diri manusia.

Pengalaman bukan untuk dibanggakan tapi untuk disimpan dan jadikan pedoman hidup...dikongsi hanya untuk saling menasihati sesama kita.

Individu yang punya cetek pengalamn lebih bernilai dari individu yang punya banyak pengalaman jika pengalaman itu tidak dihayati, tidakdigunakan untuk memuhasabah diri sendiri ke arah yang lebih baik.
Rugi juga bagi individu yang berfikir tapi tidak melakukan sebarang tindakan. Adakah fikir tanpa melakukan tindakan akan memberi faedah?sama seperti memberi arahan pada tunggul.

Hidup...
Kadang di atas, adakala di bawah.
Kala berada di atas, pasti kenangan indah yang banyak terukir...
Kala dibawah, pasti kelukaan dan kesedihan mengiringi hidup...
namun percaya akan takdir tuhan, Allah S.W.T...
Kerana apa yang dikehendakinya terjadi...
Pasti punya hikmah yang terindah.

January 17, 2010

Cukup Sekadar Kenangan Lepas

Genap sebulan kehidupan manis yg pnuh kesakitan itu aku tinggalkn

hidup penuh...
tangisan, rintihan, rayuan....

pada awl..jalan itu terlalu indah
penuh gelak tawa, gurauan, belaian, perhatian manja...

ujian datang menduga kesabaran ati..
nape perlu bila setia itu wujud...akan hadir pengkhianatan, pendustaan..

kesabaran diuji bukan calang2 ujian & dugaan..
namun aku sedar manusia akan lakukan kesilapan...
atas kesilapannya itu, aku juga lakukan kesilapan..

kini, kesannya aku sukar mempercayai akan cerita indah yang sering di katakan rakan.
bagi aku.. dr kisah itu..
samada adam ataupn hawa...
masing2 pasti lakukan kesalahan..
lalu ku ajar diri ini agar tidak punye dendam pada sesiapa yang pernah menyakiti hati ku

kerna ku tahu aku juga lakukan kesilapan
aku juga manusia yang tidak sempurna

biar yang lepas hanya menjadi kenangan..
tak perlu jadi kisah yang berulang...
aku xmungkin biar hati ini terluka semula...xmungkin utk salah & dosa yg sama berulang lagi..

janji ku pd diri ini...
moga Allah membantu aku harungi hidup2 ini seperti dahulu..
amiin~~

January 1, 2010

Personaliti & Maksud Bunga

Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang.

Pemilihan bunga yang ‘closest to the message’ yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna

Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta

Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran

Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda

Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi

Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’

Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang

Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland

Tips dan panduan untuk memilih bunga secara langsung menyampaikan mesej tertentu boleh memberikan impak dan kelainan bagi sesebuah gubahan dan susunan dalam sesebuah majlis. Diharap dapat membantu anda. Pemilihan bunga – bungaan juga tertakluk kepada musim-musim tertentu. Walau bagaimanapun kebanyakkan bunga yang tersenarai boleh didapati dalam empat musim berbeza.

Situasi Lelaki yang Harus Wanita Fahami

1. Bila si dia sibuk....... . Jangan pulak terhegeh-hegeh mintak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.

3. Bila si dia romantik.... .... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin, bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..?
heh.heh..

4. Bila si dia panas baran....... . Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah...Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. .... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba..... .. Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya, buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

8 Ciri Lelaki Menjadi Buruan Wanita

Jangan hanya fikir lelaki saje yg tahu memilih kerana ada kalanya wanita lebih cerewet dalam soal memilih pasangan hidupnya. Fikirkan sejenak apa kemahuan golongan hawa yang mungkin tersirat daripada pengetahuan lelaki..

1. Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan teruja merindui karenahmu.

3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

4. Wang

Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.

Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berusaha menjadi sempurna.
Perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu.
Jadi gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin.
Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.